Wednesday, December 18, 2013

Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar)

Istighfar yang paling sempurna adalah penghulu istighfar (sayyidul istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam shohih Al Bukhari dari Syaddad bin Ausradhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,“Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan,
 ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA ‘ABDUKA WA ANA ‘ALA ‘AHDIKA WA WA’DIKA MASTATHA’TU A’UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA’TU. ABUU`U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA WA ABUU`U LAKA BIDZANBI FAGHFIRLI. FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ-DZUNUUBA ILLA ANTA  
[Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau].” (HR. Bukhari no. 6306)
Keutamaan :
من قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة و من قالها من الليل و هو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة . ‌
Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum sore hari, maka dia termasuk penduduk surga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka ia termasuk penduduk surga.”
(HR. Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)
** HADITS-HADITS KEUTAMAAN ISTIGHFAR **
ــ طوبى لمن وجد في صحيفته استغفارا كثيرا . ‌
“Berbahagialah bagi orang yang mendapati dalam catatan amalnya istighfar yang banyak”
(HR. Al Baihaqi, Imam Ahmad dalm Az Zuhd . Lihat Shahih Al Jami’ no. hadits 3930)
ــ يا معشر النساء ! تصدقن و أكثرن الاستغفار فإني رأيتكن أكثر أهل النار إنكن تكثرن اللعن و تكفرن العشير ما رأيت من ناقصات عقل و دين أغلب لذي لب منكن أما نقصان العقل : فشهادة امرأتين تعدل شهادة رجل فهذا نقصان العقل و تمكث الليالي ما تصلي و تفطر في رمضان فهذا نقصان الدين . ‌
“Wahai sekalian wanita ! bershadaqahlah kalian dan perbanyaklah istighfar karena aku telah melihat kalian adalah mayoritas penduduk neraka. Sesungguhnya kalian banyak melaknat dan mengkufuri suami. Tidaklah aku dapati yang kurang aqalnya dan agamanya mampu mengalahkan yang mempunyai akal daripada kalian. Adapun kurang aqal : maka persaksian dua wanita sebanding persaksian satu laki-laki maka yang demikian adalah kurangnya aqal. Dan dia tinggal menjalani beberapa malam tanpa sholat dan dia berbuka (tidak puasa) di bulan ramadhan maka ini adalah kurangnya agama.”
(HR. Muslim, Ahmad, Tirmidzi )
ــ إن الرجل لترفع درجته في الجنة فيقول : أنى لي هذا ؟ فيقال : باستغفار ولدك لك . ‌
“Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat derajatnya disurga, maka iapun berkata : Bagaimana ini bisa untukku? Maka dikatakan : disebabkan anakmu beristighfar (memohonkan ampun) untukmu.
(HR. Ahmad, Al Baihaqi)
Wallahu’alam

Tuesday, December 17, 2013

Surah AS-SAFFAT

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") : Surah ke 37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Ayat - 7 ( Menjauhi sihir/ jin/ syaitan )

    wa hifzam min kulli syaitanim marid
Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka )

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.


Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
  1. Iblis - bapa segala jin
  2. As Syaitan - syaitan
  3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
  4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
  5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
  6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
  7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
  8. Attawabi” - pengikut-pengikut
  9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
  10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur
Wasallam. Jazakallah khairan

Bismillah 5

teringat masa ayahku mengajar Bismillah 5 :


Bismillah 5

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii 

5.  “Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

('Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang menyembuhkan,
 Dengan nama Allah yang mencukupkan,
Dengan nama Allah yang menyihatkan, 
Dengan nama Allah yang tidak memudaratkan oleh segala sesuatu baik di langit
mahupun di bumi; Dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha Mengetahui')

Selamat beramal, bak kata my sifu, amal jangan sibuk mencari kelebihan sesuatu amal, 
akan pasti merasainya bila tiba waktunya nanti..



                                         Assalamualaikum... (>^.^)>


Monday, December 16, 2013

gagal tidak bererti harus menyerah!

Temanku, jika hari ini kau gagal untuk bangun maka berusahalah untuk tidak terjatuh lagi. kita semua sama, yang membezakan hanyalah usaha. jangan bimbang teman Allah sentiasa menemani mereka yang sabar. maka berusahalah kamu untuk menjadi orang yang berjaya. bersungguh-sungguhlah kamu menuntut ilmu. ingatlah tiada jalan pintas untuk berjaya, kita harus melalui liku-liku dan kesusahan sebelum bertemu kesenangan pada akhirnya.. jangan menangisi kegagalan hari ini, setiap yang berlaku itu telah pun tertulis dan apa yang telah Allah berikan itulah yang terbaik.. jangan gusar dengan hari esok, masih ada harapan untuk kalian berubah.. aku doakan kalian kan mampu untuk menjadi yang terbaik.. dan ingatlah temanku sesungguhnya, tiada satu orang pun yang akan berjaya dengan sekelip mata tanpa usaha dan semangat yang kuat. percayalah Allah tidak pernah membiarkan kita keseorangan, didiklah jiwamu untuk sentiasa yakin dan percaya dengan setiap janjiNya, insayAllah kau akan temui kejayaan..

  Sahabatku, tiada yang mampu aku lakukan selain mendoakan kejayaan dan kesejahteraanmu.. segala-galanya terletak pada tangan kita. ingatlah jangan pernah putus harapan, usaha dan teruslah berusaha.. :) kejayaan pasti akan kau temui.. Allah tidak zalim pada kita, hanya kita sahaja yang selalu dan sering menzalimi diri sendiri. usah ditangisi kegagalan hari ini tangisan tidak mampu merubah apa-apa. ingatlah untuk terakhir kalinya, kita semua layak untuk berjaya hanya usaha yang dapat menentukan segalanya.. dan setelah kau berusaha, didiklah dirimu untuk istiqomah dan jangan pernah putus harapan, insyaAllah kejayaan pasti menjadi milikmu..



    usah bersedih. pujuklah hatimu untuk bangkit semula. 
usah bimbang Allah ada bersama kamu,

Wednesday, December 11, 2013

Happy Birthday To YOU..





Tiada kata yang berharga dihari jadimu,
selain doaku untukmu~
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, sihat sihat selalu,
Semoga Allah selalu melimpahkan cinta-Nya pada awk,
banyak banyak kan bersabar dan terus tersenyum  (>^.^)>
TUA DAH... HEHE :D


I ASKED ALLAH TO..
-make u happy,
make u smile
-guide u safely,
thru every mile
-grant u wealth,
give u health

..and most of all,

GRANT U PARADISE..
HAPPY BIRTHDAY to YOU (FARAH) :18 =11.12.95

Monday, December 9, 2013

DAUN YG JATUH TIDAK MEMBECI ANGIN



Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

tidak tahu untuk siapa




Aku Sayang Kamu
Itu adalah janji
Itu adalah Rasa
Itu adalah mimpi
Itu adalah asa
Itu adalah nyata
Itu adalah aku…

Sesungguhnya sekiranya kamu MAHU MENCINTAI diri ku,



Ku semahunya KAMU...

~♥ Mencintai KEKURANGAN ku melebihi daripada KELEBIHAN ku...
~♥ Mencintai KELEMAHAN ku melebihi daripada KEKUATAN ku...
~♥ Mencintai KEBURUKAN ku melebihi daripada KECANTIKAN ku...
~♥ Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi daripada KESEMPURNAAN ku...
kerana untuk MENCINTAI segala yang TERBAIK biarlah KAMU hanya cukup MENCINTAI ALLAH, bukan diri ini yang tiada apa kelebihannya

Friday, December 6, 2013

gerak hatiku

 Harini aku wechat dia lagi, bukan apa setiap kali aku buka wechat aku mesti bukak profile dia dulu,
tidak ada niat nak menggangu kebahagiaan orang, tapi hati aku asyik² suruh text dia, tak tahu nak cakap macam mana, kalau korang ada kat tempat aku mesti tahu punya ^.^

 Dia seorang yang mengambil berat dan penyayang, selalu marah aku suruh makan, hehe...
aku dah cuba untuk jauhkan diri dari dia tapi apakan daya, hati aku masih tidak dapat menjauh daripada dia,
mungkin aku kene terima dan happy sekarang sebab dia pun dah bahagia, btw aku sokong dia dari belakang, biar tak nampak asalkan dia kekal bahagia, aku tak nak dia jadi macam kisah² aku yang lama,
buat masa ni hati aku belum bersedia untuk sesiapa dan aku tak nak tengok orang yang aku sayang terseksa.

sekarang dah 7 December lagi 4 hari birthday dia, walaupun tak dapat nak sambut sama² cukup lah sekadar wish dan doa aku sampaikn dekat dia, harap dia sihat selalu and jangan tido lambat (mata panda) haha...
jangan marah~ nanti cepat tua (>^.^)>  lagipun hampir tua dah kan, haha.. suh dia jaga awk elok²
kalau dia buat awk nanges or sedih sy sekeh kepala dia laju² tau!! ..
rasanya cukup lah untuk harini dah pukul 6.30 pagi ni, penat baru balik kerja (hehehe...)
nak solat subuh then tidur, dia mesti tengah mimpi indah² tu..
Okay lah selamat pagi~ Assalamualaikum...

Thursday, December 5, 2013

Musibah

Bismillahir rohmaanir rohiim.

Sesungguhnya setiap manusia pasti mengalami musibah,
musibah tersebut memiliki tingkatan berbeza-beza.

1 : Musibah dalam agama. Inilah musibah yang paling berat, Semoga Allah melindungi kita darinya.

2 : Musibah yang menimpa akal, musibah ini hampir sama dengan musibah dalam agama,
 sebab musibah ini akan merosakan manusia sehingga cara berfikirnya tidak benar,
 ibadahnya penuh dengan kesalahan, kehidupan agama dan dunianya pun rosak.

3 : Musibah yang meninpa nafs (jiwa), musibah ini jugak buruk, Ianya melahirkan sifat kikir, maksiat
 dan cinta yang berlebihan kepada dunia.

4 : Musibah dalam urusan dunia, Inilah musibah paling ringan, musibah inilah yang paling menimpa orang-orang baik, sedangkan musibah yang paling sering menimpa orang-orang yang jauh dari Allah Ta'ala adalah musibah agama, sungguh kesian para pencinta dunia, mereka mendapat bencana dalam agama dan dibinasakan akibat perbuatanya. Andaikata mengetahuinya tentu mereka akan menangis..

                                                 Wallahu a'alam bissowaab.

Wednesday, December 4, 2013

menghargai sebuah ujian




Segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat-Nya yang dipinjamkan kepada kita.  Selawat dan salam bagi baginda Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi seluruh alam. Tidak lupa juga buat para keluarganya, sahabat-sahabatnya. Syukur ke hadrat ilahi diberi kekuatan pada ku untuk berpeluang mencoretkan satu lagi perkongsian dengan sahabat-sahabat ku sekalian.
Hidup ini penuh dengan ujian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba yang dikehendakinya.

Sedih yang dialami tidak dapat diucap dengan kata-kata. Jika diluahkan kepada manusia dengan seribu daya pun pasti hanya mereka mampu menadah telinga dan melontarkan buah rasa buat pemujuk jiwa yang kering ketandusan. Hanya diri ini yang mengerti. Namun Allah SWT berjuta kali lebih memahami dan mendalami isi hati ini berbanding diri ini sendiri.

Namun mengapa sukar untuk memujuk diri ini, tika ditimpa ujian begini. Pemilik hati kerdil ini payah untuk terus pasrah dan reda berbanding pantas sahaja berputus asa dan lebih rela melayan sebak di dada. Dalam islam kita sepatutnya memahami disebalik ujian ada hikmah yang terselindung. Hikmah itu perlu dicari  baru ditemui manisnya ujian yang menimpa. Namun ujian yang menjengah sering dianggap pengusut jiwa bukan tanda sayang daripada ilahi.

Akal yang dangkal sering menggambarkan ujian itu sebuah derita. Sebab itu ujian yang tiba  umpama langit menghempap kepala. Malang sungguh jiwa ini kerana tidak mengenal pencipta. Kita sering lupa apa yang ditakdirkan Allah pasti ada baiknya. Itu janji Allah. Janji Allah tidak mungkin dusta. Seperti sesebuah produk, jika ingin diketahui mutunya harus diuji sebelum ia selamat untuk digunakan. Produk itu perlu melalui ujian menepati piawaian yang ditetapkan. Begitulah insan. Kehidupan kita mempunyai syariat dan piawaian yang perlu ditepati barulah terhasilnya Mukmin Sejati.! Jika tidak melepasi piawaian ujian, jadilah Muslim itu sebuah produk yang tidak bermutu dan tidak tahan lasak. Justeru Mukmin Sejati harus diuji.!

Seperti Rasulullah s.a.w liku-liku hidupnya dipenuhi ujian. Pada masa yang sama Allah begitu cinta kepada Baginda sehingga dinobatkan sebagai kekasih Allah . Masya Allah! Sebab itulah ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta. Ia kayu ukur keimanan seorang muslim. Yakinlah ! Mukmin yang sejati selalu bersyukur apabila ditimpa kesusahan dan bersabar apabila ditimpa kemudaratan.

Mutiara kata untuk sahabat-sahabat ku :-
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima. Pertama, sakit ketika mengembara, kedua miskin ketika tua, ketiga maut pada usia muda, keempat buta setelah melihat, kelima dilupakan orang yang disanjungi.

gembira dalam sedih

 Ceritanya bermula bila aku berkerja di Jempol selama 9 hari,
aku berkerja seperti biasa hingga lah saat aku bertemu denganya,
niat di hati cuma nak gurau gurau sebab time tu ak saja ajak jumpa masa hari ahad (kalau tak salah)
untuk kali pertamanya aku memberani kan diri setelah hampir 1 tahun aku menyendiri

Si dia yang bernama Farah (nama singkatan),
ak mengenalinya di wechat, macam shantek je,macam shomel je(haha ayat cam tut je)
time tu ak ajak farah ni jumpa di cubprix, saja suruh bawak jajan untuk aku (gurau gurau)
time tu hari sabtu, tapi masa tu Farah kata dia tgah study, jadi tak dapat la kami berjumpa,
teruskan kerja seperti biasa mengadap race,tido, tgok balik pastu tido balik,
sampai lah abis semua race petang tu.

Esok harinya Farah ada cakap nak dtg tgah hari bawak jajan katanya,
ak ingat dia main main la, jadi pukul 12 tengah hari dah balik ke homestay aku coz tukar orang,
(hehehe..) tak larat nak jaga dari pagi sampai ke petang.
tengah sedap sedap aku baring tiba tiba fon ak ada msj dari Farah dia cakap dia ada kat sana dah,
ingat kan dia main main je nak kene kan ak, rupa rupanya betul2 dia ada kat sana,
niat kat hati memang tak nak pergi, tapi tak elok pulak dah janji dengan dia,
so terpaksa la aku bawak bodyguard aku 2 org temankan, almaklum la segan la,
sampai je ak di cubprix, ada jugak terfikir macam nak patah balik, time tu hati aku dah (dup dapx32)
tapi si kawan aku sorang ni paksa aku suruh jugak pergi, jadi aku pun pergi, walaupun segan
terpaksa letak tepi dulu segan ak tu, then call dia tanya dia kat mana semua, dengan hati tak boleh duduk diam ak pergi cari Farah.

Sampai je ak kat tempat yg dijanjikan aku ternampak dia dengan seorang lagi kembarnya (ema a.k.a kakak angkat :P)
time tu memang terkejut jugak la coz dia bawak jajan untuk ak, sekali betul2 lah dia bawak, macam nak pergi berkhelah pulak, hihihi... (thank awk coz bawakn untuk sy )
nak dijadikan cerita time tu kami jalan2 je kat sana (sambil borak2 kosong)
gaya macam dah lama kenal, haha macam klakar je, walaupun tak lama kami lepak kat situ,
sebab dia pun nak balik dah time tu sebab ak lambat sampai kot, sian dia lama tggu ak (sorry buat awk tggu) hehe...

Sebelum balik tu ak kasi dia top/baju cubprix sebagai terima kasih coz sudi bawak jajan tu,
ada jugak ak pelawa nak tlg antar kan ke kereta dia, tapi naik Van Cubprix la,
time tu macam happy semacam je ak, haha..
masa nak hantar dia pegi kat kereta singgah kejab kat kedai bawah tu, and time tu sempat jugak bergambar dengan dia (tak boleh upload lagi tanpa kebenaran dia), memang happy la aku time tu, bak kata org tido tersenyum la, hahaha (merepek)

Dijadikan cerita esok (2 hari sebelum ak balik ) nya tu, saja mintak dia tlg beli kan nescafe ais, alololo sweetnya dia, saja nak jumpa dia, borak punya borak malam tu makan malam dengan dia, huhu.. sorry la tak makan habis sebab time tu perut masuk angin kot, tak makan dari tengah hari,
tapi apa kan daya kan, bila difikirkan balik, itu cuma sementara, walaupun sebelum ak bertolak balik pada malam tu, rasa berat hati untuk ak tinggakan tempat tu, tak tahu kenapa, ditambah dengan music background lagu sedih (radio) hampir nangis woo...

rasanya cukup lah aku cerita sampai kat sini, selebihnya ak simpan semua dalam hati ak,
walaupun kenal dia hanya seketika tapi bagaikan kenal dia sudah cukup lama,
sebak pulak ak nak tulis cerita selanjutnya, takpe la kalau aku okay nanti, In syaa Allah ak cerita lagi,
btw ak happy sekarang tgok dia dah berubah ke jalan yang lebih baik, harap awk teruskan ye,
jangan lupa solat, banyak2 kan lah berdoa, sy hanya mampu kirimkan doa kepada awk, jangan marah2,
muka awk kalau marah macam nak makan org tau, hehehe... (gurau2) awk ada satu senyuman yang menawan, so kekalkan lah, semoga awak sihat selalu dan bahagia my Bantal <3 b="">

In syaa Allah kalau umur yang panjang kita jumpa lagi..


andai kamu dikeji,andai kamu di benci, semestinya masih ada yang menyayangimu,
ikhlaskanlah hatimu dalam mencari ilmu..smoga diredhai...In Syaa ALLAH....

Assalamualaikum...

Untuk DiriMu



Inilah Caraku Mencintaimu..


Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~

Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.

Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.

Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.

Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.

Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.

Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.

Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.

Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…

Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Tuesday, December 3, 2013

al-mulk

harini saya nak share sikit surah kegemaran saya (al-mulk)




Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”




Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.



2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Wallahua’lam bish showab

Monday, December 2, 2013

untuk kamu

Inilah Caraku Mencintaimu..

Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dal
am cinta~~

Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.

Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.

Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.

Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.

Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.

Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.

Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.

Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…

Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

jangan bersedih

wahai hati..jgnlh kamu bersedih...di saat kamu bersedih,igt lh akn kamu...masih rmai insan di luar sana yg tidak bertuah sprti kamu..
ujian demi ujian ..petanda ALLAH amat menyayangi mu..
jdi..jgnlh kamu mngeluh...merasa terseksa..merasa trpinggir..itu smua adlh dugaan dr Nya..di mana Dia ingin melihat seberapa hebat atau pnyabar kh kamu dlm mghadapi hdup ini...

Hati



Malam makin menjauh. Jauh di sudut hati, ada yang perlu dijaga..mengerti sendiri..dan pada ketika ini,aku masih merenung bulan. Masih melihat awan..apakah yang sedang aku rasa di waktu ini.. Sungguh hebat permainan hati ini..

Apa yang boleh ku katakan.. Tabah la duhai hati..tak mungkin aku seorang yang merasa begini.. Ahhh..kelu lidah menutur kata. Membisu..ku temui jalan buntu..tunjuk kanlah jalan..tunjukkanlah isyarat..supaya aku lebih mengerti.

Sunday, December 1, 2013



Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..